Thursday 23 August 2018

MOGINUM : BUDAYA ATAU AMALAN


PENGENALAN

Negeri Sabah (North Borneo) adalah salah satu negeri di Malaysia yang terdiri daripada banyak suku kaum yang menetap di negeri ini. Salah satu suku kaum yang tinggal di negeri Sabah ialah suku kaum Kadazandusun. Suku kaum ini adalah bumiputera asli yang terbesar di Sabah dan berasal daripada IndoChina. Kaum etnik ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional. Kumpulan etnik yang terbesar adalah suku kaum Dusun yang merupakan satu pertiga dari penduduk Sabah. Suku kaum Dusun yang tinggal di pantai barat seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud, Kota Marudu dan juga di lembah bukit di Ranau, Tambunan, dan Keningau. Kebanyakkan masyarakat ini adalah petani tradisi yang menanam padi sawah dan huma.


Menurut KDCA (2018), Kadazandusun terdiri dari 40 etnik iaitu Bonggi, Lundayo, Sukang, Bundu, Makian, Sungei, Dumpas, Malapi, Tatana, Gana, Mangkaak, Tangara, Garo, Minokok, Tidong, Ida’an, Murut, Tindal, Kadayan, Nabai, Tobilung, Kimaragang, Paitan, Tolinting, Kolobuan, Pingas, Tombonuo, Kuijau, Rumanau, Tuhawon Lingkabau, Rungus, Tutung, Liwan, Sinobu, Bisaya, Lobu, Sinorupu, Lotud dan Sonsogon. Semua kaum yang ada di negeri Sabah ini mempunyai kepercayaan, adat resam tradisional serta kebudayaan mereka yang tersendiri. Apa yang kita lihat pada masa sekarang adalah pusaka yang di turunkan kepada setiap suku kaum ini sejak zaman nenek moyang mereka lagi. Maka ianya satu perkara yang harus di ambil berat, di hormati serta di taati agar generasi muda zaman sekarang mempunyai rasa lebih menghargai apa yang mereka ada sekarang. Salah satu perkara yang menjadi pegangan kepada semua anggota masyarakat khususnya di negeri Sabah ini adalah budaya. Selain daripada budaya, perkara lain yang berkaitan dengan budaya adalah amalan. Ianya nampak seperti saling berkaitan namun ada beberapa perkara yang berbeza di antara budaya dan amalan. Sebelum kita berbincang lebih dalam lagi, kita lihat dahulu apa yang di maksudkan dengan ‘budaya’ dan ‘amalan’.


PENGERTIAN MAKSUD DAN DEFINISI BUDAYA

Berdasarkan kepada Birukou, A., Blanzieri, E., Giorgini, P., & Giunchiglia F (2009), definisi budaya adalah seperti berikut.

We define culture as a set of traits that are shared by the set and were transmitted, where traits are “characteristics of human societies that are potentially transmitted by non-genetic means”

Definisi budaya seperti yang di nyatakan di atas adakah ciri ciri mahupun karakter manusiawi yang ada dalam masyarakat yang boleh di turunkan secara lisan mahupun tradisi. “Non genetic means” merujuk kepada sesuatu perkara yang di turunkan bukan melalui baka dan keturunan tetapi melalui pengajaran adat dan tradisi. Ini bermaksud, apa yang di amalkan oleh masyarakat boleh di turunkan kepada generasi seterusnya. Orang orang tua khususnya ibu bapa menurunkan segala pengetahuan adat resam, kepercayaan serta amalan tradisi kepada anak anak mereka melalui pengajaran secara lisan, teori dan latihan secara fizikal supaya ianya lebih berkesan dan mudah di ingati dan di fahami oleh anak anak mereka.

“Culture means the whole complex of traditional behavior which has been developed by the human race and is successively learned by each generation”

Dengan mengambil kira keadaan perilaku sifat tradisi yang ada di mana masyarakat yang secara langsung membentuk sifat tersebut di pelajari sepenuhnya oleh generasi masa kini. Ini bermaksud, apa apa yang telah di bangunkan oleh masyarakat terdahulu terutama dari segi tradisi, ianya boleh di turunkan kepada golongan masa kini melalui pembelajaran berdasarkan fahaman yang di turunkan kepada mereka.

Sama maksudnya juga jika di bandingkan dengan kenyataan yang di buat oleh Bailey, G., & Peoples, J (1998) iaitu,

“Culture is the socially transmitted knowledge and behavior shared by some group of people”

Dalam satu kelompok masyarakat yang mempunyai pengetahuan nilai tradisi termasuklah intipati serta sifat yang sama, secara langsung mereka ‘berkongsi’ maklumat yang ada. Ini bermaksud, mereka tidak perlu bimbang sekiranya ‘silap dalam pemahaman tradisi’ kerana anggota masyarakat dalam kelompok yang sama boleh membantu mereka untuk memperbetulkan kesilapan tersebut. Secara ringkasnya di sini, budaya adalah satu pegangan yang di amalkan oleh masyarakat tertentu dan ianya di turunkan kepada generasi baru agar ianya tidak pupus dan sentiasa di kembangkan lagi melalui pendekatan sosial yang positif, mempraktikkan fahaman tradisi tersebut dan mengerti kepentingan sifat dan intipati nilai tradisi ini yang telah di turunkan sejak nenek moyang lagi. Dengan kata lain, ia mesti di hormati dan di hargai kerana melalui nilai tradisi ini juga, keperibadian individu dalam masyarakat di bentuk dari segi cara pembawaan nilai tradisi dalam diri dan sikap positif terhadap kepentingan ini. Itu yang harus di pupuk sejak kecil lagi dan menjadi tanggungjawab orang tua khususnya ibu bapa untuk mengajar anak anak mereka tentang intipati ini secara berperingkat.


PENGERTIAN MAKSUD DAN DEFINISI AMALAN

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (2018), amalan membawa erti maksud ‘sudah menjadi kebiasaan’. Kebiasaan ini merujuk kepada perbuatan individu terhadap perkara yang sudah biasa di lakukan oleh mereka. Contohnya, amalan menggosok gigi sebelum tidur dan selepas bangun tidur yang di pupuk sejak kecil dengan tujuan supaya gigi kekal bersih dan tidak rosak. Contoh yang lainnya ialah amalan membaca di kalangan pelajar sekolah harus di tingkatkan agar dapat membentuk satu ‘budaya’ membaca di kalangan pelajar sehinggalah di peringkat yang lebih tinggi. Amalan yang lain yang boleh kita lihat sendiri adalah berjoging atau bersenam setiap hari, memancing setiap hujung minggu dan banyak lagi. Ini adalah contoh yang berkaitan dengan kebiasaan dengan apa yang di lakukan oleh masyarakat setiap hari. Amalan ini di teguhkan lagi dengan nasihat daripada ibu bapa, doktor bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan rakan rakan sekiranya berkaitan dengan hobi. Ianya satu kebiasaan yang mungkin di pengaruhi oleh sekitar dan juga di sebabkan kebiasaan yang di lakukan yang menjadi salah satu keperluan utama masyarakat tersebut.

Namun, ianya di pengaruhi oleh keadaan sekitar terutama sekali dari segi masa. Kadangkala amalan yang di amalkan oleh seseorang di waktu muda, mereka tidak lagi mengamalkannya sekiranya umur mereka sudah lanjut di sebabkan faktor usia yang tidak mengizinkan. Ini adalah satu perkara yang memberi kekangan bagi kebanyakan amalan yang di buat sungguhpun ianya relevan dan baik untuk kita. Selain dari itu, ada juga amalan yang sesuai di lakukan di rumah sendiri tetapi tidak begitu sesuai di buat sekiranya bukan berada di tempat sendiri. Dengan erti kata lain, faktor keadaan juga mempengaruhi amalan sama ada ianya di buat atau tidak.

Ini bermaksud, antara beberapa perkara yang mempengaruhi ciri ciri amalan adalah, 

1. Masa
2. Tempat dan keadaan sekitar
3. Faktor usia
4. Kesihatan
5. Perubahan Iklim dan Cuaca


BUDAYA DAN AMALAN : PERBEZAAN DAN PERSAMAAN

Budaya dan amalan kelihatannya seperti sama dari segi maksud. Namun sebaliknya, ia berbeza dari segi pengertian. Secara umumnya, budaya adalah satu perkara yang di turunkan dari generasi ke satu generasi manakala amalan adalah satu perkara yang berkaitrapat dengan sifat dan kebiasaan seseorang. Namun amalan secara tidak langsung juga boleh menjadi satu unsur budaya. Contohnya, amalan membaca menjadi satu budaya di kalangan pelajar. Dari sudut budaya, cara pedekatan budaya ini di terapkan kepada golongan masyarakat adalah melalui amalan berdasarkan nilai budaya itu sendiri. Cuma bezanya, budaya akan tetap di amalkan tidak kira apapun perkara yang di hadapi manakala amalan ini bergantung kepada situasi dan keadaan seperti yang di nyatakan di atas (6 sebab mempengaruhi ciri amalan).

Antara tiga (3) Perbezaan Budaya dan Amalan adalah dalam jadual berikut.

PERBEZAAN
BUDAYA
AMALAN
Faktor usia
Nilai budaya di amalkan tanpa mengira umur dan penerapan nilai bermula dari ajaran ibu bapa sejak kecil lagi.
Sifat amalan mengambil kira faktor usia di mana sifat kebiasaan yang di amalkan oleh individu berubah mengikut keperluan umur.
Keadaan tempat
Nilai budaya selalunya di amalkan tanpa mengambil kira keadaan tempat namun ada juga ketika ianya tidak begitu sesuai di amalkan di sebabkan latar belakang demografi masyarakat. Ianya bergantung kepada nilai budaya.
Berubah mengikut tempat namun ada juga masa ianya tidak berubah. Contohnya, tidak kira di mana kita berada, kita harus menggosok gigi kita sebelum tidur dan selepas bangun pagi.
Masa
Nilai budaya di amalkan setiap masa selagi individu tersebut tinggal dan bersama dalam masyarakat bergantung kepada keadaan tempat termasuklah faktor usia. Namun masa tidak akan menghalang daripada budaya ini di amalkan oleh masyarakat.
Amalan selalunya di amalkan bergantung pada masa. Sekiranya masa tidak begitu sesuai, perkara yang biasa di lakukan boleh di tunda dan boleh di tiadakan.

PERSAMAAN
BUDAYA & AMALAN
Penerapan Nilai
Penerapan nilai budaya dan amalan ini di mula sejak kecil lagi. Biasanya sewaktu di bangku sekolah, kanak kanak sudah di dedahkan mengenai nilai budaya dan amalan secara berperingkat agar ianya boleh di fahami cara perlahan.
Peranan Ibu Bapa
Ibu bapa memainkan peranan penting sebagai pengajar kepada kanak kanak dengan tujuan untuk menerapkan nilai budaya dan amalan secara berperingkat dan menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memberi pemahaman kepada kanak kanak sehingga dewa betapa pentingnya nilai budaya dan amalan dalam diri mereka.
Keperluan
Budaya adalah salah satu keperluan adat resam yang di punyai oleh masyarakat dan ianya penting untuk di amalkan bagi menggambarkan identiti suku kaum yang mengamalkan budaya tersebut. Sama seperti amalan, ianya menjadi satu kepentingan bagi individu dalam masyarakat bagi menjamin keperluan individu tersebut.


MOGINUM : BUDAYA ATAU AMALAN

Menurut Nurul Hawani (2014), budaya adalah kemajuan fikiran, akal budi iaitu cara berfikir serta perlakuan. Budaya boleh di definisikan sebagai satu cara hidup yang di amalkan oleh kumpulan tertentu dan ianya meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai. Ini bermaksud bahawa ianya merangkumi aspek ‘amalan cara hidup’ oleh golongan tertentu. Dalam erti kata lain, berdasarkan definisi dan pengertian yang telah di nyatakan sebelum ini, budaya ini di amalkan oleh masyarakat mahupun individu terlibat. Pengertian ini di tujukan kepada masyarakat Kadazandusun di negeri Sabah. Jika pengertian budaya ini di kaitkan dengan amalan Moginum ataupun kita mengatakan bahawa ‘Moginum adalah Budaya masyarakat Kadazandusun di negeri Sabah’, tidakkah kita melihat perkara tersebut sebagai satu perkara yang kurang menyenangkan? Apa yang hendak di terangkan di sini ialah, sekiranya kita mengatakan bahawa ‘Moginum’ ini adalah sebahagian dari hidup masyarakat Kadazandusun, bagaimana dengan mereka yang tidak mengamalkan perkara yang kita panggil ‘Budaya’ ini? Memang benar, ianya adalah satu budaya yang di turunkan oleh nenek moyang kita. Namun jika kita lihat keadaan sekarang, ianya sudah menjadi kebiasaan ataupun amalan yang di amalkan oleh golongan peminum tegar tanpa mengira tempat, waktu dan keadaan. Dahulu ianya di amalkan mengikut masa, tempat dan keadaan yang sesuai namun sangat berbeza sekali jika di bandingkan dengan masa sekarang.


Budaya memainkan peranan penting di mana ianya secara langsung memperlihatkan identiti suku kaum khususnya di negeri Sabah. Melalui budaya tersebut, masyarakat yang lainnya secara tidak langsung akan mengetahui serba sedikit tentang suku kaum tersebut. Namun apa yang seringkali di lihat sebagai satu budaya yang sudah biasa di jadikan amalan oleh masyarakat di negeri Sabah ini ialah ‘Budaya Moginum’. Sebenarnya, ini adalah amalan yang di amalkan oleh kebanyakkan masyarakat di negeri Sabah. Namun, ramai orang tidak sedar telah ‘membudayakan’ amalan ini sehingga suatu ketika pandangan dan persepsi orang luar melihat keadaan ini sebagai satu budaya walaupun sebenarnya bukan. Di sebabkan amalan ini sudah biasa di lihat dan di buat, maka ramai orang mengatakan bahawa amalan ini secara perlahan lahan menjadi satu jenis budaya yang membawa ekspresi negatif dari masyarakat luar. Keadaan ini makin menyedihkan apabila banyak gambar yang di muat turun ke laman sosial yang di ambil ketika musim musim perayaan seperti Perayaan Kaamatan di mana ramai orang terbaring kerana mabuk, bergaduh, tidur di tepi jalan, tidur di tempat letak kereta, orang terkencing (nokosobu), muntah dan banyak lagi di sebabkan minum minuman keras yang berlebihan. Imej yang di tunjukkan di sini secara langsung memberi gambaran kepada orang luar bahawa adakah masyarakat di negeri Sabah ini adalah seperti itu? Ramai masyarakat dari luar lebih melihat suku kaum Kadazandusun apabila di kaitkan dengan amalan ini sungguhpun bukan dari golongan ini sahaja yang terlibat dengan amalan ini.

Agak sukar bagi kita untuk menafikan kerana sudah terlalu banyak bukti serta isu yang di tunjukkan di laman sosial bahkan ada juga yang telah di masukkan ke dalam akhbar tempatan. Banyak pihak sudah menyatakan kebimbangan mereka berkenaan dengan amalan ini. Ironinya, perkara ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk di tangani sebab ianya sudah sinonim dengan cara sosial masyarakat Kadazandusun dan sukar untuk memisahkan mereka dari amalan ‘budaya’ ini.

Di negeri Sabah, amalan Moginum ini adalah satu amalan di mana individu atau golongan yang terlibat meminum minuman beralkohol buatan sendiri (home made) atau yang di beli. Ramai dari kalangan masyarakat Kadazandusun yang mengamalkan amalan ini terutama golongan yang veteran. Golongan ini adalah sebahagian daripada budaya ini kerana mereka telah mengamalkan amalan ini sejak lama dahulu lagi. Sehingga sekarang, ramai orang mengatakan ini adalah satu ‘budaya’. Namun persoalannya, adakah masyarakat kita sendiri terlalu obses dengan budaya ini sehingga ianya di amalkan bukan lagi mengikut masa tertentu malah sepertinya budaya ini sudah menjadi keperluan atau amalan harian bahkan mingguan oleh masyarakat kita sendiri. Amalan minum minuman keras di kalangan masyarakat tempatan memang boleh di katakan cukup membimbangkan terutama sekali di kalangan anak anak muda kerana amalan ini di amalkan bukan lagi di buat pada masa masa tertentu, mengikut musim (seasonal activity) ataupun perayaan khas tradisi. Perkataan ‘budaya’ ini membawa satu imej yang tidak begitu baik dengan aktiviti yang di kaitkan. Ianya seperti menjadi satu amalan biasa yang telah di budayakan. Selain dari itu, amalan ini juga di panggil ‘Budaya Aramai Ti’. Jika hampir setiap hari ada aktiviti Moginum, maka kelihatannya seperti setiap hari ‘ada perayaan’ khas yang di rayakan oleh mereka. Keadaan sekarang sangat berbeza berbanding dengan apa yang telah di lalui oleh masyarakat lampau. Sungguhpun ianya memperlihatkan banyak isu negatif tetapi ada juga perkara ‘positif’ yang kita boleh lihat dari amalan ini.


TUJUAN ASAL MOGINUM

Bagi masyarakat Kadazandusun, tapai adalah minuman tradisional yang perlu ada dalam kehidupan sebagai lambang atau adat mahupun amalan sejak turun menurun. Sebelum adanya minuman keras seperti Beer, Liqour dan lain lain, tapai sudah sinonim dengan masyarakat Kadazandusun. Antara sebab dan alasan budaya minum tapai ialah kepercayaan kepada semangat padi (Pesta Kaamatan), adat, majlis perkhawinan, majlis keramaian, majlis rumah terbuka, majlis meraikan tetamu, majlis pembukaan sebelum perbincangan tunang, kematian, gotong royong dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk menghormati tetamu dan sesiapa sahaja yang datang. Seperti yang di terangkan di atas, ini adalah alasan yang positif dan munasabah mengapa budaya ini mempunyai kepentingan di kalangan penduduk khususnya di negeri Sabah dan inilah yang sepatutnya di terapkan ke dalam mentaliti masyarakat Kadazandusun di negeri Sabah.

Sebab lain kita boleh lihat ialah Moginum menjadi salah satu upacara ritual suku kaum Tatana, Kuala Penyu yang masih di amalkan hingga ke hari ini. Menurut Lokman Sunggim (2010), Moginum bererti majlis minum. Secara kebetulan upacara ini sememangnya dihiasai dengan aktiviti singgarung atau dalam bahasa Tatana bermaksud acara minum-minum terutama daripada bahan seperti arak dan tapai. Upacara moginum ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu yang paling popular sekali dan biasa diadakan ialah Moginum Loyob, Moginum Kaul dan Moginum Kahwin.

Moginum Loyob
Moginum Loyob ini biasanya diadakan sebagai memperingati roh anggota keluarga yang telah meninggal dunia. Ia akan dijalankan dalam tempoh kira-kira dua minggu atau selepas kematian ahli keluarga.

Moginum Kaul
Moginum Kaul pula diadakan sebagai memenuhi niat untuk berubat jika berlaku seseorang ahli keluarga mengalami sakit yang disebabkan keteguran roh nenek moyang atau ahli keluarga yang meninggal dunia. Keteguran roh ini dipanggil sebagai simponongon oleh masyarakat Tatana dan untuk memulih seseorang daripada musibah ini ialah dengan mengadakan upcara moginum kaul.

Moginum Kahwin
Moginum Kahwin diadakan jika ada dalam kalangan ahli keluarga suku kaum ini ingin melangsungkan perkahwinan anak sulung atau anak bongsu mereka.

Daripada kenyataan ini, kita dapat lihat pentingnya bagi memahami erti budaya ini. Dalam ritual yang di nyatakan oleh Lokman Sunggim (2010), moginum itu adalah sebahagian daripada ritual masyarakat suku kaum Tatana. Ianya satu budaya yang di amalkan dan mereka yang terlibat dalam ritual ini khususnya suku kaum Tatana memahami erti maksud budaya moginum ini. Penting bagi kita sebagai masyarakat di negeri Sabah untuk memahami perbezaan maksud ini.

Berdasarkan Punai-Tanah (2009), amalan ini di buat sejak dahulu bukanlah seperti yang kita lihat sekarang. Ada beberapa sebab mengapa budaya Moginum ini di buat.

Tujuan untuk Menghormati dan menyatakan Terima Kasih
Bagi menghormati atau menyatakan terima kasih mereka kepada roh yang menjaga padi atau hasil tuaian mereka bertambah, maka suku kaum kadazan / dusun mengadakan satu majlis besar-besaran untuk tujuan tersebut yang di panggil ’Kaamatan’. Maka peranan tapai itu bermula di sini dan tapai berasal daripada hasil padi yang dibuat menjadi minuman rasmi semasa upacara pemujaan ’bambarayon’ dan upacara ’magavau’.

Merayakan Kemenangan dan Kejayaan
‘Head Hunter’ atau pemburu kepala manusia adalah satu amalan yang di lakukan oleh suku-suku kaum terawal di kepulauan Borneo termasuk Sarawak dan Kalimantan. Pada ketika itu belum ada peraturan yang menghalang atau melarang perbuatan seumpama itu. Walaubagaimanapun pemburuan kepala manusia ini di lakukan atas beberapa sebab seperti mempertahan kawasan jajahannya atau sebagai pra syarat kepada seseorang pemuda yang ingin memperisteri gadis pujaannya pada ketika itu. Kemenangan atau kejayaan mendapatkan kepala manusia diraikan dengan majlis makan dan minum. Sudah tentulah tapai akan menjadi minuman rasmi sepanjang acara itu berlangsung.

Majlis Perkahwinan
Majlis-majlis lain yang ada kaitannya dengan acara meminum tapai ialah majlis perkahwinan. Bagi suku kaum kadazan / dusun dan murut yang masih mengamalkan paganisme, acara perkahwinan itu tidak akan lengkap tanpa minuman tapai. Ini kerana mengikut kepercayaan suku ini mereka yang tidak meminum minuman tapai adalah bukan daripada suku tersebut. Malah tapai menjadi sebahagian daripada hantaran daripada pihak lelaki kepada pengantin perampuan dan di sini lah kita melihat peranan yang dimainkan oleh tapai dalam istiadat dan budaya suku kaum kadazan / dusun dan murut Sabah.


PERKARA POSITIF YANG BOLEH DI LIHAT DARI AMALAN MOGINUM

Apa yang tertulis dalam bahagian ini adalah berdasarkan dari sudut kacamata masyarakat Kadazandusun termasuklah pendapat, pemerhatian dan perkongsian pengalaman dari mereka sendiri. Bahagian ini bukan bertujuan untuk ‘menghalalkan’ amalan Moginum kepada golongan yang bukan peminum tegar ataupun sebaliknya. Ini hanyalah pendapat dari sudut pandang dan perkongsian pengalaman mereka yang lebih mengerti tujuan amalan yang telah ‘di budayakan’ ini. Namun intipati bahagian ini lebih kepada pendapat dan perkongsian pengalaman sahaja dan tidak ada bukti kukuh sama ada ianya benar benar berkesan mahupun tidak. Sungguhpun ianya bertentangan dengan mereka yang tidak suka dengan amalan ini namun ada baiknya juga kita melihat pandangan mereka terhadap amalan yang di budayakan ini. Selepas melalui beberapa siri pemerhatian, ada tiga (3) perkara yang di kenalpasti melalui perkongsian yang di berikan oleh mereka.


Memberi ruang untuk sesetengah pihak untuk meluahkan perasaan terpendam
Kadangkala hanya melalui cara ini sahaja ada segelintik (ramai) individu yang mengambil kesempatan untuk meluahkan perasaan mereka yang terbuku di dalam hati melalui perkongsian kepada individu yang minum bersama mereka. Namun tidak semua akan mereka akan berbuat demikian, hanya rakan yang rapat dan kenalan rapat sahaja. Melalui perkongsian tersebut, tetap aka nada nasihat menyusul. Sama ada nasihat yang di berikan tersebut di terima atau tidak, itu adalah perkara kedua. Apa yang penting, mereka meluah melalui cara ini. Sungguhpun cara sedemikian tidak begitu sesuai namun ada baik bagi sesetengah individu yang berbuat demikian.

Menambah kenalan melalui cara pendekatan sosial
Ramai di antara peminum tegar mengakui perkara ini. Melalui cara pendekatan ini, mereka secara tidak langsung akan berkenalan dengan ramai orang sehingga selepas aktiviti tersebut, mereka tetap mengenali kenalan baru mereka. Cara pendekatan ini biasanya di buat sewaktu baru mula aktiviti Moginum contohnya mereka bertegur sapa, memperlawa mereka untuk duduk berdekatan atau satu tempat agar mudah untuk mengagihkan minuman. Namun kalau sekiranya terlalu mabuk, pasti mereka tidak akan ingat lagi.

Boleh mengurangkan tekanan dalam diri
Banyak pendapat tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Bahkan sebelum ini, ada di nyatakan bahawa ianya boleh menyebabkan seseorang akan bertambah ‘panas’ dan ‘marah’ selepas Moginum dan akan melepaskan rasa marah kepada keluarga atau orang lain. Namun, ada sesetengah individu yang mengatakan bahawa melalui perkongsian yang mereka buat sewaktu Moginum, sedikit sebanyak rasa tekanan dalam diri mereka berkurang di tambah dengan nasihat yang di berikan. Tapi ianya mesti di lakukan dengan cara tertib dan lembut, tidak boleh di buat dengan cara memaksa dan memberi penekanan lagi. Harus secara perlahan lahan, lembut dan penuh perhatian.

Merapatkan hubungan sosial di kalangan mereka yang Moginum
Banyak di kalangan peminum tegar mengatakan (melalui perkongsian) bahawa melalui aktiviti Moginum ini boleh merapatkan lagi hubungan sosial di kalangan mereka yang Moginum. Contohnya, apabila mereka minum bersama, mereka akan bersosial mengikut cara mereka, berkongsi pengalaman, ketawa bersama dan saling beramah mesra. Melalui cara ini secara tidak langsung akan merapatkan lagi hubungan dan membentuk persefahaman yang positif di kalangan mereka. Namun ianya harus di buat mengikut cara yang sepatutnya dan bergantung kepada orang yang kita dekati. Bagi kenalan yang baru di kenali, mungkin ada cara yang lebih sesuai dari ini untuk mendekati mereka. Semuanya bergantung pada cara anda mendekati individu tersebut.


KESAN MOGINUM YANG BIASA DI LIHAT

Aktiviti Moginum yang di buat sewaktu musim keramaian ataupun minum dalam kumpulan kecil dan individu memberi kesan yang berbeza dari segi tahap kemabukan. Selalunya tahap kemabukan seseorang bergantung kepada berapa banyak yang sudah di minum oleh individu tersebut. Namun ada juga individu yang baru minum 2 atau 3 gelas tapai dan minum beberapa tin bir, individu tersebut sudah mabuk. Ada yang mengatakan bahawa individu tersebut tidak pandai minum dan tidak tahan minum. Terlalu banyak bergerak juga boleh menyebabkan tahap kemabukan bertambah. Berbeza dengan orang yang minum tetapi jarang bergerak dan minum secara perlahan lahan sambil bercerita, mereka ini tahan lebih lama sedikit bergantung kepada keadaan. Namun kesan daripada Moginum ini boleh di lihat selepas beberapa waktu ketika sepanjang masa Moginum ini berlangsung.

Melalui pemerhatian, antara kesan Moginum yang boleh kita lihat adalah,

Pandai jadi Kuat
Istilah ini merujuk kepada individu yang mabuk tetapi tiba tiba pandai jadi kuat. Cara bercakap macam ketua gangster, cerita pasal pukul orang dan cerita pasal apa sahaja tetapi jika di celah, individu tersebut tidak ‘akun’ kalah. Maksudnya, dia mesti menang saja. Bila keadaan ini berlaku, adalah lebih baik mereka yang bercerita dengan individu ini beredar bagi mengelakkan sebarang kejadian yang sudah di jangka akan berlaku.

Pandai bercakap sendiri
Perkara ini biasa bagi golongan yang sudah tua dan ada juga dari kalangan orang muda. Namun ini tidak perlu di bimbangkan kerana mereka ini adalah jenis yang tidak mengganggu ketenteraman tetamu. Sampai suatu masa, mereka akan tidur di kerusi atau baring di mana tempat yang sesuai.

Pandai cerita Politik
Perkara ini sangat popular di kalangan mereka yang veteran lebih lebih lagi apabila mereka bercerita tentang politik bersama orang muda. Kadangkala orang muda ini selalu menimbulkan isu politik yang tidak konsisten dan spekulasi hingga menyebabkan individu yang peka dengan isu semasa akan berdebat dengan golongan muda ini. Bermula dengan isu yang biasa hinggalah spekulasi yang buat orang veteran itu ‘menjadi panas’. Selepas beberapa ketika, orang muda itu beredar sambil berkata ‘Undi itu Rahsia’. Dan cerita politik tersebut hanya sampai di situ sahaja.

Pandai bercakap lebih dari satu bahasa
Selalunya mereka ini bercakap dalam bahasa inggeris, bahasa bajau ataupun bahasa cina namun tatabahasa dan susunan ayat adalah tunggang terbalik. Mereka akan terus bercakap tanpa henti selagi ada orang yang membawa mereka untuk bercerita dalam bahasa tersebut. Ada juga di kalangan orang tua yang pandai bercakap bahasa inggeris di mana tatabahasa dan struktur ayat yang baik dan kemas. Alasan yang di berikan adalah ‘Dulu saya sikulah urang putih bah, zaman boritish lagi. Kamu apa tau.’ Perkara ini biasa dalam aktiviti Moginum.

Pandai bawa orang untuk Milokud (Arm Wrestling) atau Mimpulos (Finger Wrestling)
Perkara ini biasa di kalangan orang muda dan mereka yang pertengahan umur. Selalunya perkara ini berlaku apabila salah seorang individu (selalunya orang  muda) menunjukkan otot tangannya yang tegap dan keras. Dan apabila ada individu yang melihat ini, mereka akan rasa tercabar dan berkata ‘Tangan saya kicil tapi hari hari angkat pasir, karaja kampong bah.. daripada kau itu training saja..’ dan akhirnya mereka akan milokud atau mipulos. Perkara biasa yang yang tidak mendatangkan konflik besar. Cuma perkara ini juga bergantung kepada individu itu sendiri. Manalah tahu ada yang tidak biasa di kalahkan melalui Milokud dan Mimpulos.

Pandai memberikan nasihat
Biasanya individu yang suka memberikan nasihat ini ialah mereka yang memang mempunyai sikap seperti itu. Mabuk atau tidak mabuk, individu ini tetap suka memberikan nasihat. Namun ketika waktu mabuk, nasihat yang di berikan kadangkala berbeza dengan nasihat kalau individu ini tidak mabuk. Kadangkala isi nasihat sukar untuk di mengerti dan di fahami dan ada nasihat yang penuh emosi. Namun sikap ini tidak perlu di risaukan. Apa yang penting, ianya kena pada orang yang sesuai. Sekiranya kena pada orang yang tidak suka di nasihati, mungkin individu tersebut tidak di pedulikan atau di sindir.

Pandai buat cerita karut (Monombirang)
Perkara ini biasa terjadi di kalangan peminum tegar. Ada yang bercerita sampai ke langit, cerita mengenai pengalaman kerja 20 hingga 30 tahun lepas padahal baru berumur 25 tahun. Selalunya cerita yang timbul waktu aktiviti Moginum adalah berkaitan dengan pengalaman kerja, hubungan cinta, cerita seram, hak penjagaan tanah, kayu balak, memburu binatang, menangkap ikan dan banyak lagi. Biasanya yang monombirang ini adalah orang muda dan jarang sekali mereka yang monombirang ini dari kalangan pertengahan umur ataupun veteran. Namun banyak juga cerita serius dari kalangan ini yang di buat buat (sorita goudut). Bagi mereka yang memahami situasi seperti ini adalah perkara biasa bagi mereka.


NASIHAT KEPADA MEREKA YANG SUKA MOGINUM

Nasihat ini adalah berdasarkan pengalaman yang di lalui oleh semua orang selepas banyak pemerhatian di buat. Dan pemerhatian ini berdasarkan fakta, kesaksian peribadi dan realiti. Memang agak sukar bagi sesetengah golongan peminum tegar untuk ‘tidak mahu minum lagi’ atau ‘berhenti’ dari mengamalkan amalan ini. Namun bagaimanakah dengan mereka yang sudah biasa? Bukan mudah bagi mereka untuk berhenti kecuali ada kejadian yang membuat mereka insaf sepenuhnya. Namun sebagai isi perkongsian pemerhatian, perkara ini wajar bagi kita semua tahu tidak kira siapapun kita. Berikut ada beberapa nasihat yang berguna bagi kita ikuti. Semoga bermanfaat.

Minum air secukupnya
Ramai di antara peminum tegar kurang minum air ketika mereka minum arak. Apabila anda minum minuman keras Label 5, Jack Daniel, Vodka, Martel atau apa sahaja jenis Liquor, pastikan anda ada minum air! Perkara ini wajib bagi meneyeimbangkan keadaan toksik alkohol dalam badan anda. Apabila anda minum arak buatan sendiri seperti Montoku, pastikan anda minum air! Jangan lupa minum air! Arak jenis Montoku mempunyai kandungan dan kepekatan alkohol yang tinggi. Sekiranya anda minum, pastikan anda minum air secukupnya.

Pastikan anda sudah makan (Nasi) sebelum Moginum
Minum minuman keras dalam keadaan perut kosong sangat di tegah. Pastikan anda sudah makan nasi untuk mengisi perut dan pastikan anda tidak minum minuman keras dalam keadaan perut kosong. Cuba tolak dengan hormat sebelum anda minum dan bagi alasan. Bagi mereka yang faham, mereka tidak akan memaksa anda untuk minum. Kerana jika anda minum dalam keadaan perut kosong, anda akan merasa sakit di bahagian ulu hati atau perut sewaktu muntah. Warna muntah anda mungkin warna kekuningan. Pastikan anda makan sebelum minum arak.

Cuba elakkan minum arak dalam keadaan emosi tidak baik dan stabil
Perkara ini sangat penting dan banyak kali berlaku. Sekiranya anda minum dalam keadaan seperti ini, secara tidak sedar anda ‘meluahkan’ perasaan dan emosi anda melalui cara yang tidak wajar dan ada potensi untuk menimbulkan pergaduhan. Emosi memainkan peranan penting sepanjang masa anda minum dan pastikan anda mempunyai teman yang minum bersama anda yang mengetahui masalah anda. Sekiranya tidak, cuba elakkan. Kesan yang tidak kita mahu selalunya berlaku sekiranya kita sendiri mengabaikan perkara ini.

Jangan mempunyai keinginan seksual yang melampau sewaktu Moginum
Perkara ini banyak berlaku di kawasan perkampungan mahupun di kelab malam. Perkara ini sungguhpun ianya normal namun harus ada kawalan diri. Sekiranya tidak, akan mengundang perkara yang tidak baik seperti berlakunya pergaduhan, mencuba untuk meramas perempuan tanpa segan silu ataupun mengganggu teman wanita orang lain. Harus ada kawalan diri, ingat perkara mahupun kesan yang mungkin akan menimpa anda.

Harus tahu kemampuan setakat mana boleh minum (Limit)
Banyak orang tidak tahu limit mereka ketika minum terutama sekali bagi mereka yang bukan memandu kereta. Pemandu selalunya menjadi mangsa keadaan di mana mereka ini kadangkala tidak puas minum tetapi di paksa pulang awal dan sebagainya. Bagi pemandu kereta, pastikan anda tahu limit anda! Pastikan anda minum air yang banyak sebelum memandu dan mesti ada orang dalam kereta anda yang tidak tidur agar boleh di bawa bercerita. Sekiranya mengantuk, berhentilah di tengah jalan yang ada lampu di sekitarnya (tempat yang selamat) dan tidur sekejap. Selepas bangun, cuci muka anda dan teruskan perjalanan. Jangan paksa memandu kalau mengantuk atau mabuk! Ingat, ramai orang menunggu anda pulang rumah pada ketika anda membalas mesej ‘Ya, saya pulang sudah. Ok juga ini.’. Mereka berharap keselamatan anda dan anda harus mengetahui perasaan mereka.

Anda harus mempunyai sifat Sabar
Tidak di nafikan ramai orang kalau sudah mabuk, mereka suka mencari pasal dan mencari gaduh. Elakkan daripada terlibat dalam sebarang pergaduhan sewaktu mabuk. Kesakitan yang akan anda alami adalah 3 kali ganda daripada waktu anda waras dan sangat membimbangkan kalau sekiranya pergaduhan tersebut melibatkan ramai orang dengan benda keras. Kalau anda masih sedar, ada baiknya anda beredar dan pergi dari tempat itu. Jangan cuba untuk terlibat dan jangan cuba tunjuk kekuatan anda dalam keadaan seperti itu biarpun hati anda mengatakan ‘Mampus lah dia ini kalau saya hambat guna ini besi!’. Jangan layan kehendak hati anda. Kesannya sangat berat untuk anda tanggung dan akhirnya, keluarga anda juga akan terbabit dan mungkin anda akan berada di hospital di Unit Kecemasan. Siapa tahu…

Cubalah cari alasan untuk pulang awal
Beranikan diri anda untuk meminta kebenaran untuk pulang awal daripada tuan rumah. Sekiranya pada waktu keramaian, anda boleh pulang tanpa memaklumkan tuan rumah (tapuk tapuk) supaya anda tidak terlalu mabuk dan lupa diri. Tuan rumah juga memahami anda sebagai tetamu jadi jangan takut untuk memaklumkan kepada mereka. Kecualilah anda sendiri yang tidak mahu pulang awal atas alasan masih banyak cerita bersama kenalan. Sampai satu masa, anda tidak dapat memandu lagi dan akhirnya, tertidur di kerusi dan tunggu untuk di kejutkan.

Pastikan dompet dan telefon bimbit anda di simpan di poket seluar depan
Selalunya barang kepunyaan milik anda hilang bukan hanya di curi tetapi tercicir. Sama ada anda tidak masukkan sepenuhnya dompet ataupun telefon bimbit anda ke dalam poket ataupun tidak mampu kerana sudah mabuk. Apabila sudah mabuk, pandangan anda seakan akan kabur menyebabkan tindak balas anda lambat. Adalah lebih baik anda masukkan dompet dan telefon bimbit anda di poket depan agar tidak mudah tercicir melainkan poket depan anda koyak dan agak susah di curi kerana poket depan anda sempit berbanding poket seluar bahagian belakang. Apabila poket seluar depan anda di seluk, anda boleh sedar dan nampak kecuali anda terlalu mabuk, tidak sedar dan tidur di atas rumput atau tepi jalan. Pastikan anda mempunyai kawan bersama anda.

Sebelum menghadiri apa apa acara Moginum, cubalah untuk berdoa
Mungkin ada yang tertanya ‘Pigi moginum pun mau sambayang kah?’. Untuk pengetahuan anda, kita berdoa untuk keselamatan diri kita dan orang lain sepanjang masa perjalanan dan masa aktiviti berjalan. Bagi sesetengah orang, perkara ini lawak dan bertentangan. Tapi terpulang bagi anda untuk melakukan perkara ini. Sebab apa yang anda perbuat, harus ianya mementingkan keselamatan diri dan orang lain.

Sekiranya anda sedang memandu dan ada penumpang, elakkan daripada bergaduh (berlawan cakap) dengan penumpang anda dalam perjalanan
Perkara ini banyak sudah terjadi dan ada yang terlibat dalam kemalangan. Jangan pandang remeh perkara ini terutama mereka yang memandu kerana sekiranya perkara ini berlaku, emosi pemandu akan terganggu dan akan mempengaruhi kestabilan cara pemanduan kereta. Jangan anggap bahawa anda tahu memandu, berpengalaman dan sentiasa ‘rilex’ dengan perkara ini. Bahaya bagi anda lebih lebih lagi sekiranya ada konflik di dalam kenderaan tersebut. Hindarkan perkara seperti ini. Jangan sesekali terlibat dengan pergaduhan dalam kenderaan ketika memandu dan pastikan emosi anda tidak terganggu walaupun anda sudah minum tetapi anda masih sedar perkara itu berlaku. Kalau boleh marah penumpang anda, tegur dengan hormat. Kalau mereka masih bising, katakan ini kepada mereka ‘Bah.. Kalau kamu bulum lagi mau berenti, saya kasi turun kamu di simpang saja Ooh, jalan kaki lah kamu..’ ataupun kamu berhenti sebentar dan buka pintu tempat duduk mereka sambil mengatakan ‘Bah, kamu bagaduh sini luar. Saya mahu pulang (siuli) sudah ini.’ (Kompom diorang stop bagaduh..)


MENGAPA SUKAR UNTUK DI KAWAL?

Menurut Utusan Borneo (2016), seperti yang di nyatakan dalam kajian Kesihatan dan Mordibiti Kebangsaan (NHMS) antara Ogos 2011 – Julai 2012, negeri Sabah mencatatkan pengambilan Alkohol ketiga tertinggi di Malaysia dengan 18.4% selepas Kuala Lumpur, 20.3% dan Sarawak, 19.7%. Selain dari itu, kajian daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS) juga merekodkan bahawa 17% daripada jumlah populasi di negeri Sabah adalah peminum Alkohol tegar dan 50% dari jumlah tersebut minum dengan cara yang berbahaya. Maklumat ini menunjukkan bahawa masyarakat tempatan di negeri Sabah secara langsung terlibat dan menjadi sebahagian daripada budaya ini. Apa yang lebih membimbangkan adalah 50% daripada jumlah peminum tegar meminum minuman beralkohol dengan cara berbahaya. Perkara ini secara umumnya memang berlaku di negeri Sabah.


Melalui pemerhatian yang di buat, antara sebab mengapa ianya sukar di bendung di kalangan golongan yang sudah biasa dengan amalan ini adalah seperti berikut. 

Terpengaruh dengan Rakan Sebaya
Perkara ini lebih kepada sikap ‘ingin mencuba’ di kalangan orang muda. Ianya bermula di peringkat remaja, selalunya di zaman sekolah menengah lagi. Biasanya golongan ini akan belajar minum secara berperingkat. Contohnya, mereka akan minum 1 tin Bir sehari atau berkongsi minuman di kalangan mereka. Lama kelamaan, mereka akan belajar untuk membeli minuman secara kongsi (Patak patak atau rukut rukut). Apabila mereka sudah terbiasa dengan keadaan seperti ini, maka mereka akan melalui satu keadaan lagi di mana mereka akan sentiasa mencari masa untuk aktiviti ini dengan alasan untuk berkumpul bersama dan mesti ada sekurang kurangya 2 hingga 4 tin bir.

Mempunyai sumber kewangan yang sentiasa mencukupi
Perkara ini selalunya di alami oleh golongan mereka yang bujang, tidak kira lelaki atau perempuan. Mereka seringkali terfikir untuk mengisi masa lapang mereka dengan Moginum. Mereka ini tidak begitu mempunyai masalah kalau sekiranya ingin minum bersama kawan kerana mereka tahu bahawa mereka mempunyai wang untuk berbelanja. Apabila rakan mereka mengetahui bahawa mereka ini mempunyai wang untuk di belanjakan, kadangkala rakan mereka akan berusaha membawa mereka minum di tempat yang mempunyai kelas contohnya di kelab malam dan bukannya di kedai biasa.

Tertarik dengan Minuman yang Berjenama
Perkara ini biasanya melibatkan mereka yang sudah bekerja dan mempunyai sumber kewangan sendiri. Apabila mereka melihat atau terdengar cerita bahawa ada jenama baru minuman yang di jual, maka mereka akan mengambil kesempatan untuk ‘mencuba’ minuman tersebut. Golongan ini biasanya minum bersama dengan rakan rakan dan bukannya secara individu. Ini di sebabkan pada masa yang sama, mereka akan memberi komen mahupun kritikan terhadap jenama baru yang mereka minum. Situasi ini jugalah yang membuat mereka lebih sinonim dengan minuman tersebut. 

Wujud satu istilah yang di panggil ‘Mustahil kalau tidak Haus!’ 
Sejak kebelakangan ini istilah seperti ini sudah sinonim sebagai tarikan kepada golongan peminum tegar. Ada juga di kalangan peminum ini yang hanya minum mengikut masa yang terluang dan bergantung kepada keadaan sama ada sesuai atau tidak (ikut mood). Apabila sampai satu ketika, golongan ini akan rasa seperti ‘teringin untuk minum bir’ kerana ‘terbayang dengan minuman bir yang sejuk’ selalunya selepas habis waktu bekerja, selepas waktu tengah hari ataupun waktu masa terluang. Selain dari sebab ini, ada banyak lagi sebab tarikan mereka untuk minum. Apabila situasi ini berlaku, mereka akan mula memberikan ‘hint messages’ kepada rakan mereka dengan beberapa contoh seperti,

-    ‘Bah, jadi...?’
-    ‘Ada harapankah?’
-    ‘Hauuuusss...!!’
-    ‘Bah, balanja dulu...’
-    ‘Saya dingar kau kana numbur... Bah balanja laaah...’

Melalui hint messages seperti ini, terpulang samada mereka yang di perlawa untuk memberi respon terhadap rakan mereka. Biasanya jawapan yang di berikan oleh mereka yang di perlawa sebagai tanda setuju adalah,

-    ‘Nantilah kijap... nanti saya mesej kau...’
-    ‘Ada harapan bah kalau kana bili... rukut rukut lah...’
-    ‘Tatap! Saya pun lama tidak minum ini...’
-    ‘Aik... Rukut rukut bah bili 1 krek...’
-    ‘Manada kana numbur ooh, teda bili itu... Bah nantilah.. Patang lah...’

Situasi ini adalah normal bagi golongan yang biasa dengan aktiviti seperti ini. Ini bermaksud selagi mereka mempunyai sedikit wang untuk di belanjakan, masa yang terluang dan mood yang baik maka mereka akan cuba ‘mengambil kesempatan’ untuk minum bersama dengan rakan mereka. Kadangkala, golongan ini tidak dapat menolak perlawaan serta tidak dapat memberikan alasan yang kukuh untuk menolak perlawaan tersebut. Setiap perlawaan untuk ‘moginum’ sangat berkesan terutama sekali bagi mereka yang ‘Haus!'.

Mengisi masa yang terluang bersama 
Biasanya aktiviti Moginum ini di buat sewaktu cuti atau hujung minggu. Apabila sampai waktu seperti ini, mereka akan cuba mencari teman untuk santai ataupun mereka datang ke rumah rakan mahupun saudara mereka dengan alasan ingin berbincang sesuatu atau ingin berbicara mengenai hal hal yang berkaitan dengan kerjaya harian mereka. 

Tidak mampu mengawal Ketagihan
Ketagihan meminum minuman beralkohol selalunya merujuk kepada individu yang sudah biasa minum setiap hari bahkan amalan tersebut sudah menjadi sebahagian daripada keperluan harian. Contohnya golongan ini akan minum 1 – 2 botol di siang hari (selalunya minuman keras seperti Montoku), selepas makan tengah hari, waktu petang atau sebelum tidur. Mereka ini selalunya menyimpan ‘stok’ di rumah untuk di minum sendiri ataupun di minum bersama sekiranya ada rakan mereka datang ke rumah. Perkara seperti ini sukar untuk di tangani melainkan ada satu penerapan nilai disiplin yang sangat ketat terhadap individu tersebut. Apabila ada hari di mana mereka ini tidak minum, maka sesetengah di antara mereka akan kelihatan seperti orang yang bingung dan tidak senang duduk. Apa yang kadangkala kita boleh lihat adalah ‘tangan mereka akan bergegar’. Tahap seperti ini memang membimbangkan dan apa yang hanya boleh mengubat mereka daripada keadaan itu adalah ‘mereka harus minum sekurang kurangnya 1 atau 2 botol’ minuman keras. Selalunya minuman yang di minum oleh mereka ini adalah ‘Montoku’ iaitu salah satu jenis arak lokal buatan sendiri.


KESAN NEGATIF DARIPADA AMALAN MOGINUM

Amalan minum minuman keras sememangnya mempunyai kesan negatif bukan sahaja terhadap kesihatan bahkan juga dari segi sikap, emosi dan tingkahlaku. Menurut Sabah Report (2014), seperti yang di katakan oleh Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, budaya minum minuman keras dalam kalangan masyarakat kita semakin menjadi jadi dan sekiranya perkara ini tidak diberi perhatian yang khusus, beliau bimbang keadaan akan bertambah serius lagi. Selain dari itu, beliau juga mengatakan bahawa amalan ini jangan terlalu di amalkan hingga lupa tanggungjawab terhadap keluarga dan menjejaskan prestasi kerja. Perkara negatif ini selalunya dapat kita lihat di kalangan mereka yang ‘tidak dapat mengawal’ diri mereka daripada di kuasai oleh amalan ini dan ‘ketagihan’ yang di alami oleh mereka.

Berdasarkan kenyataan di atas, kita harus ingat bahawa minuman keras adalah salah satu punca,
1)         Retaknya hubungan kekeluargaan dan rumah tangga
2)         Menjejaskan tanggungjawab pekerjaan
3)         Mengganggu kegiatan harian
4)         Menimbulkan konflik berat antara keluarga, rakan dan saudara
5)         Terlibat dalam Kemalangan
6)         Masalah kewangan untuk anak anak yang pergi ke sekolah
7)         Terlibat dengan masalah kemabukan yang melampau
8)         Menjejaskan kesihatan
9)         Terdedah kepada kes berat (di rogol, cabul, rompak dan di pukul)
10)     Mengganggu kestabilan emosi dan kurangya sifat sabar
11)     Suka mencari pasal dan ingin bergaduh tanpa sebab

Apabila individu atau golongan yang sudah biasa dengan amalan ini tidak mampu mengawal diri sendiri dan tidak mengendahkan apa kesan yang bakal di hadapi oleh mereka di kemudian hari, 10 sebab di atas adalah sebahagian daripada kesan yang mungkin mereka alami suatu masa nanti. Minum minuman keras di kalangan masyarakat Kadazandusun sebenarnya satu amalan yang ‘terkawal’ dan mempunyai waktu dan keadaan yang terhad (limit).

Tapi di sebabkan sikap golongan itu sendiri, jumlah minuman yang banyak, ramai kenalan serta suasana acara Moginum seronok, maka mereka akan ‘pandai lupa diri’ sehinggalah satu masa di mana mereka terlalu mabuk dan tidak ingat apa apa lagi (Hilang siaran atau Hilang ingatan) atau dalam bahasa inggerisnya, Totally Knocked Out (TKO). Ini selalu terjadi juga terhadap mereka yang tahu mengawal diri (limit) di sebabkan mereka minum minuman keras yang kuat, minuman yang di campur (Mixed Liquor) dan terlalu banyak minum (one too many). Akibat daripada tindakan itu, kesan yang boleh di lihat adalah mereka terbaring sana sini (Napasa), muntah dan mungkin mencari gaduh dengan orang lain. Jadi, bagi golongan ini, ambillah masa untuk kita lihat kembali kesan daripada tindakan ini dan sila tetapkan (set up) masa terhad anda (limit) agar tidak mengalami seperti itu. Jangan kita lupa, jurukamera bebas (paparazzi) ada di mana mana. Boleh jadi mereka itu kawan rapat kita atau orang lain. Dan akhirnya, imej kita yang kacak dan cantik ini akan masuk dalam media massa ataupun surat khabar dan akhirnya di tularkan.


PENUTUP 

Sebagai penutup, penulis telah mengongsikan beberapa pemerhatian yang telah di buat, bukti daripada laporan akhbar, laman web dan beberapa sumber rujukan lain tentang amalan Moginum ini. Timbul persoalan dalam diri kita, adakah Moginum (minum arak) di kalangan suku kaum Kadazandusun ini adalah satu budaya ataupun amalan. Blog ini lebih banyak menyentuh ‘suku kaum Kadazandusun’ dalam amalan Moginum kerana banyak isu mahupun cerita di luar sana yang tertumpu kepada suku kaum ini apabila adanya majlis yang mempunyai aktiviti Moginum terutamanya seperti Perayaan Pesta Kaamatan. Memang benar dan perlu di ingatkan, bukan hanya suku kaum ini sahaja yang terjebak dalam amalan ini tetapi ramai lagi dari golongan dan suku kaum masyarakat di negeri Sabah yang lain turut sama terbiasa dengan ‘amalan’ Moginum ini. Blog ini bukanlah satu blog yang mahu menyindir suku kaum Kadazandusun tetapi ingin menjawab beberapa isu yang di persoalkan terhadap suku kaum ini kerana setiap kali adanya Moginum, persoalan yang kerap di tanya adalah ‘Nah, Orang Dusun laitu...’ ‘Orang Kadazan itu mabuk.. tidur sana sini..’ ‘Diorang laitu paling ramai di KDCA kalau ada Kaamatan..’. Jujurnya, memang kita terasa dengan pertanyaan seperti ini. Namun, kita masih mempunyai banyak kesempatan untuk mengubah keadaan ini. Dalam keadaan sukar sekalipun, pasti ada cara kita untuk mengubah persepsi ini. Namun apa yang penting, harus kita ketahui bahawa kesan daripada amalan Moginum ini membawa banyak kesan kepada kita khususnya bagi mereka yang biasa Moginum. Antara beberapa perkara yang harus di ambil berat oleh kita semua adalah,
  • Minum air secukupnya sewaktu dan selepas Moginum.
  • Pastikan anda ada makan nasi (perut berisi) sebelum Moginum.
  • Jangan teruskan memandu kereta anda kalau mengantuk di sebabkan Moginum.
  • Hormati orang di sekitar tempat anda Moginum.
  • Jangan tinggikan suara anda tidak tentu pasal.
  • Jangan bikin malu di rumah yang anda lawat untuk Moginum.
  • Jangan terlalu bergembira sewaktu Moginum sampai lupa diri.
  • Jangan simpan sesuatu yang beremosi dalam diri anda sebelum Moginum.
  • Jangan bergaduh dengan penumpang dalam kereta anda sewaktu perjalanan pulang.
  • Sekiranya anda mengantuk, tidurlah sekejap sebelum pulang. cuci muka dan minum air sebelum memandu pulang.
  • pastikan telefon dan dompet anda di simpan di tempat yang selamat.
  • Jangan mudah terpedaya dengan ajakan kawan yang mempunyai niat tersembunyi sama ada lelaki atau perempuan ketika Moginum.
  • Kawal diri anda sebelum Moginum dan pastikan anda tidak mengganggu lelaki atau perempuan yang sudah mempunyai isteri atau suami (termasuklah mereka yang sudah bertunang). The price would be too great.
  • Jangan tunjuk lagak (tembirang & cakap besar) sewaktu Moginum. akibatnya, mungkin anda akan di di belasah ketika sudagh mabuk.
  • Pastikan anda mempunyai kawan yang anda percaya ketika Moginum agar mereka boleh menjadi 'alarm' kepada anda sekiranya ada apa apa.
  • Jangan habiskan semua duit yang ada di dompet anda. pastikan anda tahu berapa yang harus di belanjakan kerana keluhan pada hari esok tidak bermakna lagi.
  • Sekiranya anda merasa sesuatu yang kurang senang dan tidak selesa di tempat anda Moginum, adalah lebih baik anda tinggalkan tempat itu.
  • Sekiranya anda pergi Moginum secara berpasangan, pastikan salah seorang daripada anda tidak mabuk.
  • Jangan minum minuman anda yang telah lama di biarkan dalam gelas sekiranya anda minum bersama dengan orang yang tidak anda kenali terutama sekali kepada perempuan.
  • Jangan sesekali libatkan diri anda dalam apa apa bentuk konflik atau pergaduhan sewaktu Moginum.
  • Kalau sudah mula minum, pastikan anda ingat bila mahu pulang. Jangan tunggu minuman habis baru mahu pulang.
  • Jagalah diri anda sebelum, sewaktu dan selepas Moginum. Terus pulang ke rumah kalau sudah selesai Moginum. Jangan biasakan diri anda untuk 'menyimpang' ke tempat lain.
  • Elakkan diri anda (bagi yang perempuan) daripada bersosial dengan orang yang tidak di kenali kecuali anda mempunyai teman rapat yang mengenali orang tersebut.
  • Jika anda seorang perempuan yang mempunyai teman lelaki, pastikan anda tegas terhadap teman lelaki anda mengenai masa. Sentiasa ingatkan teman anda untuk jangan terlalu minum banyak dan ingat untuk pulang.
  • Jika anda seorang lelaki yang mempunyai teman wanita, hormatilah teman wanita anda dan janganlah bawa teman wanita anda untuk masuk ke pusat hiburan atau tempat Moginum yang tidak anda biasa.
  • Jangan biasakan diri anda memaki dan suka meninggikan suara ketika minum di tempat yang anda tidak biasa seperti di Pusat Hiburan, Kelab dan mana mana tempat di kawasan bandar. Ini kerana anda akan menjadi sasaran oleh sekumpulan orang tertentu untuk di belasah.

Paling penting adalah, kita harus mempunyai kawalan diri. Kita mesti mengetahui masa kita (limit) sebelum dan semasa Moginum. Biarlah kita yang mengawal cara Moginum kita dan jangan sesekali membiarkan Minuman itulah yang mengawal kita. Jangan kita lupa, kita ada rumah untuk kita pulang. Kita juga ada keluarga, anak isteri, adik beradik, saudara dan rakan rakan yang menunggu kita. Jangan jadikan amalan ini sebagai satu budaya dalam hidup kita. Kita harus ingat bahawa peluang Moginum ini bila bila pun ada, bukannya satu hari sahaja. Jagalah tingkah laku kita, jaga percakapan kita dan jaga diri kita. Sebab banyak masalah khususnya di luar sana yang terjadi di sebabkan Moginum contohnya kes rogol bergilir gilir, di rompak, di cabul, di pukul, mengalami kemalangan jiwa dan banyak lagi. Jangan minum dengan orang yang tidak kita kenali terutama sekali kalau kita minum di kelab malam, pub atau mana mana tempat di kawasan Bandar. Elakkan daripada terpedaya dengan bisikan dan mulut manis mereka yang mengajak anda minum. Semua ini HARUS ANDA INGATKAN DIRI ANDA SEBELUM Moginum. Kita Moginum adalah atas risiko kita sendiri. Sebab kalau kita tidak bersedia dengan segala kemungkinan ini, menyesal tidak berguna lagi. 

Sebagai kata kata akhir, ingatlah, anda meninggalkan rumah untuk pergi Moginum dalam keadaan sempurna anggota badan dan pastikan anda pulang ke rumah bertemu keluarga dan anak anak juga dalam keadaan sempurna anggota badan.




UP: Artikel ini mempunyai rujukan untuk tujuan pembacaan dan citation. Akan di paparkan kemudian.

2 comments: